Encik Fadzli memarkir kenderaannya pada waktu malam di hadapan bahagian luar rumahnya dalam keadaan terkunci. Keesokan paginya ketika hendak keluar bekerja, dia mendapati kenderaannya telah hilang dan tingkap rumahnya telah dibuka dan barang-barang peribadinya telah dicuri.

Setelah membuat laporan polis, Encik Fadzli datang ke SETIA RISK untuk memberitahu bahawa kenderaannya telah dicuri. Encik Fadzli sangat gembira kerana dalam masa 2 minggu tuntutan kecurian kenderaannya telah dibayar. Tuan Fadzli mengucapkan terima kasih kepada SETIA RISK kerana berjaya membeli kenderaan baru untuk kegunaan hariannya.