Encik Koh datang ke SETIA RISK memaklumkan kenderaannya telah disamun oleh beberapa orang perompak ketika anaknya dalam perjalanan pulang. Encik Koh sangat sedih kerana kenderaannya telah dirompak dan dia tidak mempunyai kenderaan lain untuk ke mana-mana dan hanya mengharapkan anak-anaknya jika ingin keluar membeli barang keperluan.
Encik Koh sangat berpuas hati dan berterima kasih atas keprihatinan dan bantuan SETIA RISK kerana tuntutan kecurian kenderaan beliau telah DIBAYAR dalam masa 6 hari sahaja dan Encik Koh telah membeli kenderaan baru menggunakan wang tuntutan.